“Dia
(suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain
sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin Mohamed
Ishak yang hanya mahu dikenali sebagai Alya, 15.
Menurutnya,
dalam kejadian jam 2 pagi Khamis lalu, suspek yang juga rakan abangnya
memasuki kediaman mereka dalam keadaan mabuk bersama seorang lagi
rakannya. “Mereka memang sering datang ke sini. Bagaimanapun, pada malam
kejadian mereka berkelakuan pelik dipercayai akibat mabuk.
“Ketika seorang lagi rakannya tidur di ruang tamu, dia menyelinap masuk ke bilik sebelum cuba merogol saya,” katanya.
Alya berkata, dalam kejadian itu, dia meronta dan berjaya meloloskan diri, manakala suspek melarikan diri bersama rakannya.
“Saya memaklumkan kejadian itu kepada ibu sebelum sampai ke pengetahuan abang. BACA LAGI