Banner 468x60

PILIH SIARAN DISINI -# siaran tv, radio,astro Live Streaming # #

ping blog
TERKINI

informasi lengkap jambatan ke 2 pulau pinang

informasi lengkap jambatan ke 2 pulau pinang

Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Mes-e22.png ialah sebuah jambatan baru yang telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 2014. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 2 Mac 2014. Ia merupakan jambatan kedua di Pulau Pinang, Malaysia. Ia menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang. Jambatan ini menelan kos RM 4.5 bilion mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) menyatakan kerja-kerja pembinaan ke atas Jambatan Kedua Pulau Pinang akan bermula pada November 2007 dan dijangka siap pada 2013 . Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan Republik Rakyat China.
Jambatan Kedua Pulau Pinang juga mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia dan yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong. baca lagi