Banner 468x60

PILIH SIARAN DISINI -# siaran tv, radio,astro Live Streaming # #

ping blog
TERKINI

KUALA LUMPUR- DIPENJARA KES CIUM PIPI KEKASIH RAKAN

KUALA LUMPUR- DIPENJARA KES CIUM PIPI KEKASIH RAKAN

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencium kekasih rakannya, seorang pelajar warga Pakistan dipenjara sehari dan didenda RM1,800 oleh mahkamah majistret di sini, semalam, selepas mengaku melakukan kesalahan itu empat bulan lalu.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin turut mengarahkan Syed Hassan Lal Gilani, 24, menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Berdasarkan pertuduhan, Syed Hassan didakwa menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan dengan mencium pipi wanita berusia 24 tahun di sebuah rumah di Danau Idaman Kondo, Taman Desa, Jalan Klang Lama, kira-kira jam 10.55 pagi, 30 Ogos lalu.

endakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan denda, sebat, atau dua daripada seksaan itu jika disabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguam S Seelan memohon hukuman penjara sehari diberikan ke atas anak guamnya kerana menyesal  dengan perbuatannya dan telah direman 18 hari sebelum dituduh.

http://www.sinarharian.com.my/cium-pipi-kekasih-rakan-lelaki-dipenjara-sehari-1.234625