Banner 468x60

PILIH SIARAN DISINI -# siaran tv, radio,astro Live Streaming # #

ping blog
TERKINI

KOMA JATUH 'EURO WHEEL ' DI TAPAK PESTA PENANG

KOMA JATUH 'EURO WHEEL ' DI TAPAK PESTA PENANG

Georgetown:Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun koma selepas terjatuh dari buaian 'Euro Wheel' di tapak pesta di Sungai Nibong, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit yang mengikut bapanya berniaga di tapak pesta berkenaan dikatakan menaiki buaian gergasi itu sebelum lampu dan bekalan elektrik dimatikan.

Panik dengan keadaan itu, kanak-kanak terbabit dikatakan membuka pintu sebelum dia terjatuh dari ketinggian yang mencecah hampir 30 meter.

Berikutan itu, dia mengalami kecederaan organ dalaman dan kini masih koma dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
FotoBUDAK enam tahun mengapami kecederaan organ dalaman selepas terjatuh dari ketinggian hampit 30 meter. FOTO Muhammad Mikail Ong

Susulan daripada itu, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 4 pagi tadi.